بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي على محمد و على آله و صحبه أجمعين..
benteng takdir
KEKUATAN SEMANGAT (AZAM, CITA-CITA, IKHTIAR) TIDAK BERUPAYA MEMECAHKAN BENTENG TAKDIR.
kejarlah apa yang kamu mahu,, tetapi ingat lah kamu tak akan dapat melawan taqdir Allah.....
barang yang dijanjikan
KERAJINAN KAMU UNTUK MEMPEROLEHI APA YANG TELAH TERJAMIN UNTUK KAMU DI SAMPING KECUAIAN KAMU TERHADAP KEWAJIPAN YANG DIAMANATKAN MENUNJUKKAN BUTA MATA HATI.
kesibukan kamu dalm mengejar sesuatu yang telah dijamin kan kepada kamu iaitu jodoh,, rezeki,,, dan lain lain,,, dan didalam mengejar kesibukan itu kamu terlalai dan cuainya dari menunaikan perintah Allah kepada mu.... adalah tanda butanya hati mu, sedangkan kamu berangan untuk mendekati allah sedangkan kamu lalai dan cuai dari menunaikan peritahnya kepadamu.
dan ingat lah sabda rasulullah:
firman Allah di dalam hadis qursi
يَا عَبْدِي أَنْتَ تُرِيدُ وَأَنَا أُرِيدُ وَلَا يَكُونُ إلَّا مَا أُرِيدُ ، فَإِنْ سَلَّمْت لِي مَا أُرِيدُ أَعْطَيْتُك مَا تُرِيدُ ، وَإِنْ لَمْ تُسَلِّمْ لِي مَا أُرِيدُ أَتْعَبْتُك فِيمَا تُرِيدُ وَلَا يَكُونُ إلَّا مَا أُرِيدُ
wahai hambaku, kamu mahukan sesuatu dan aku juga mahu dan tidak akan terjadi sesuatu melainkan apa yang aku mahu... maka jika kamu serahkan apa yang kamu mahu kepada ku akan ku berikan apa yang kamu inginkan,,, dan sekiranya kamu tidak serahkan pada ku apa yang aku mahu.. aku akan penat kan kamu dengan barang yang kamu mahu dan tidak akan terjadi melainkan apa yang aku mahu...
حاشية الصاوي على الشرح الصغير
{ يَا عَبْدِي أَنْتَ تُرِيدُ وَأَنَا أُرِيدُ فَإِنْ سَلَّمْت لِي مَا أُرِيدُ أَرَحْت نَفْسَك وَقَضَيْت لَك مَا تُرِيدُ وَإِنْ نَازَعْتنِي فِيمَا أُرِيدُ أَتْعَبْت نَفْسَك وَلَا يَكُونُ إلَّا مَا أُرِيدُ }
الشيخ عليش: فَتْحِ الْعَلِيِّ الْمَالِكِ فِي الْفَتْوَى عَلَى مَذْهَبِ الْإِمَامِ مَالِك
pemberian tuhan
jANGANLAH KERANA KELAMBATAN MASA PEMBERIAN TUHAN KEPADA KAMU, PADAHAL KAMU TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERDOA, MEMBUAT KAMU BERPUTUS ASA, SEBAB ALLAH MENJAMIN UNTUK MENERIMA SEMUA DOA, MENURUT APA YANG DIPILIH-NYA UNTUK KAMU, TIDAK MENURUT KEHENDAK KAMU, DAN PADA WAKTU YANG DITENTUKAN-NYA, TIDAK PADA WAKTU YANG KAMU TENTUKAN.
teruslah berdoa dan jangan berhenti sehingga pertolongan Allah datang kepada mu.....
janji allah
JANGAN SAMPAI MERAGUKAN KAMU TERHADAP JANJI ALLAH KERANA TIDAK TERLAKSANA APA YANG TELAH DIJANJIKAN, MESKIPUN TELAH TERTENTU (TIBA) MASANYA, SUPAYA KERAGUAN ITU TIDAK MEROSAKKAN MATA HATI KAMU DAN TIDAK MEMADAMKAN CAHAYA SIR (RAHSIA ATAU BATIN) KAMU.
berdoa lah dgn penuh harapan
Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. ( Ayat 27 : Surah Ibrahim )
Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. ( Ayat 116 : Surah al-Baqarah )
Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. ( Ayat 23 : Surah al-Anbiyaa’ )
Ya Allah, Kau tahu, hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaanMu.. Tapi aku takut, cinta yang belum waktunya menjadi penghalang ku mencium syurgaMu.. Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini, sampai tiba waktunya, andaikan Engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak.. Berikan aku kekuatan melupakannya sejenak.. Bukan kerana aku tidak mencintainya.. Tetapi aku sangat mencintainya.. Aamiin...